APA ITU PAWE?

  • Tempat bagi warga emas untuk menjalankan program dan aktiviti di dalam komuniti.
  • Satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas dan melibatkan kerjasama strategik antara agensi Kerajaan, NGO dan komuniti setempat.
  • Konsep PAWE berdasarkan keperluan komuniti setempat khususnya warga emas.
  • Tempat warga emas berkumpul untuk menimba ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti sukan, agama, kesihatan, sosial dan sebagainya.
  • Menggabung jalinkan warga PAWE bersama sukarelawan dan komuniti setempat secara perkongsian maklumat dua hala secara berterusan.