Sambutan Hari Warga Emas 2021
28 September 2021
PAWE Lembah Pantai berasa berbesar hati menerima kunjungan YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bersempena dengan Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan tahun 2021. Selain daripada taklimat yang diberikan oleh Pengerusi PAWE Lembah Pantai, Puan Hajah Rosita binti Haji Rahim, YB Datuk Seri juga meninjau persekitaran pusat PAWE, malahan turut mencuba aktiviti yang disediakan. Setinggi penghargaan diberikan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang turut membantu bagi menjayakan program tersebut.